Sunday, October 30, 2011

FITRAH MANUSIA


Bismillahirahmanirrahim,
Manusia itu fitrahnya ingin makan, beristirehat, bergembira. Bercinta juga merupakan fitrah manusia yang dikurniakan oleh ALLAH. Umum pun mengetahui yang ciptaan ALLAH dimuka bumi ini dicipta dengan berpasangan, siang pasangannya malam, mentari pasanganya bulan, langit pasanganya bumi, lelaki pasanganya perempuan. Dalam firman ALLAH S.W.T :

“Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa-apa yang mereka tidak ketahui.” [Yaa Siin 36:36]

Dan Dia telah menurunkan dari langit air maka Kami keluarkan dengannya berpasang-pasangan dari tumbuh-tumbuhan yang beraneka ragam (warna dan rasa) ( Thaahaa : 53 )



Jadi, adakah bagi mereka yang homoseksual dikira melawan fitrah alam? Ya, itulah jawapanya. Sebab secara jelas ALLAH telah berkata dalam al-quran yang manusia itu diciptakan berpasangan. Kembali kepada fitrah manusia iaitu bercinta, sememangnya ia sesuatu yang suci. Adalah menjadi suatu perkara lumrah apabila manusia itu meminati sama ada secara diam atau terbuka terhadap seseorang. Jika kita imbas kembali zaman dahulu, bagaimana para anbia mengabdikan cinta mereka bersandarkan kepada jalan ALLAH, sangat indah sehingga mampu untuk menitiskan air mata kerana sucinya cinta mereka. Betul lah jika ada pepatah ''bercinta biar sampai ke syurga''. Namun kita rasa matlamat kita bercinta ini membawa kita kesyurga? Cinta bukan sekadar kita mengabdikan melalui perkahwinan, malah ia jauh lebih indah. Tapi, bagaimana? Hari ini kita lihat terlalu banyak kisah penceraian. Cinta bertahun lama pun, tapi bercerai juga akhirnya. Secara kasarnya, puncanya adalah perkahwinan tidak bermatlamat untuk mengabadikan cinta kerana ALLAH. Apabila usrusan cinta itu sentiasa besandarkan garis panduan yang disediakan oleh ALLLAH, Insyaallah kita dapat melayari bahtera cinta dengan penuh haruman kasih sayang. Indahnya cinta dengan bungabungaan ibadah, serinya cinta dengan renjisan ayatayat ALLAH. Itu lah cinta dalam islam :)